Bila Anak Kecil Lelaki Pukul Anak Kecil Perempuan | Iceboxrivet

GI JOE and GI JANE

GI JOE and GI JANE

Para Janjang

Home Kitchen Bakery

Jan 25, 2017

Bila Anak Kecil Lelaki Pukul Anak Kecil Perempuan

Salam Alaik
lama juga tak bersiaran
sibuk urusan kerja dan kebetulan 2 minggu lepas suami masuk ward kerana demam denggi
kemudian abah pulak masuk ward kerana jangkitan kuman di paru - paru

Sebal juga hati ni
tu tajuk tu...
boleh tahan sakit hati ini bila nampak depan mata sendiri pelajar lelaki tendang perut dan tarik tudung pelajar perempuan bila bermain.
mungkin nampak macam bermain tapi dari mana anak kecil lelaki tu belajar dari siapa untuk menendang orang atau menyerang orang lain apabila rasa terancam?
adakah di rumah mereka ini dibuli dan dipukul oleh mak ayah sampai dah tahap perkara memukul rakan sebaya dan lebih - lebih lagi berlainan jantina yang sepatutnya tidak berlaku.

Terasa dada ni ada batu yang menghempas....
Mungkin ni la contoh kenapa ramai suami sekarang lebih suka memukul isteri dari cuba menegur isteri?!
Nauzubillah min zalik..

Aku menulis sebab dari pengalaman sendiri..
Allah Allah...
Mohon dilindungi jiwa - jiwa kecil ini.
Amin


No comments:

Post a Comment

komen jer...

Para Sarip and Saripah Janjang